Monday, 8 September 2014

oh... cinta(1)


“aku terima nikahnya Siti Nursyaniza Binti Sainadin dengan mas kahwinnya dua puluh ringgit tunai” ucap Hafiz dengan tenang yang hanya berpakaian T-shirt biru itu.Syaniza pula diam menunduk.Sesekali jam tangannya dijerling sekilas.Semua saksi yang berada disana menyebut ‘sah’ secara beramai-ramai sebelum Tok kadi mengangkat tangan membaca doa selamat.Satu lagi pasangan yang terlepas dari dosa maksiat.Cincin berbentuk wajah karakter kartun itu disarungkan ke jari manis Syaniza.Menggeletar tangan Syaniza menyambut huluran salam lelaki yang berada dihadapannya sebelum sebuah kucupan nipis didahinya yang hanya tertutup dengan tudung pinjam.Terkejut Syaniza dengan kucupan selamba itu.

“awak nak kemana?”soal Hafiz sambil mengenakan cermin matanya.Bimbang juga jika peminat fanatiknya ternampak dirinya disini.Maunya kecoh satu Malaysia yang dirinya kini telah berstatus suami.Syaniza yang sedang berjalan laju itu berpusing sekejap sebelum dia menunjukkan tag namanya itu.
“saya nak pergi kerja”jawap Syaniza sambil menahan kereta sewa yang sedang melintasi masjid itu.Hafiz segera memegang tangan perempuan yang kini bergelar isterinya beberapa saat yang lalu.
“dalam keadaan macam ni?”soal Hafiz pada perempuan yang berada dihadapannya itu.Syaniza mengangguk laju sambil melepaskan genggaman kemas Hafiz dilengannya.
“yelah…aku perlukan duit nak biayai yuran sekolah aku”ucap Syaniza sebelum dia memasuki perut kereta sewa yang dipandu oleh lelaki india itu.Syaniza segera mengarahkan lelaki India itu ke kedai 24 jam Seven Eleven dimana dia bekerja separuh masa disana.Lelaki India itu akur lalu dia memandu kesana tanpa banyak bicara.Hafiz pula kaku disitu tanpa berganjak walau sedikit sehingga kelibat kereta yang dinaiki oleh isterinya itu hilang dari pandangannya.

                Tersengih Ahmad setelah dia melihat wajah rakannya itu.Itu bermaknanya Shiftnya telahpun tamat.Syaniza pula tercungap-cungap didalam kedai itu sebelum dia masuk kedalam stor untuk menukar pakaian kasualnya kepada pakaian kerjanya.
“Kenapa lambat?aku dah berjanggut aku tunggu kau kat sini.Ingat tak nak datang kerja malam ni”rungut Ahmad sebelum dia pula dia memasuki stor setelah Syaniza keluar.Syaniza segera menuju ke cashier.
“aku ada hal kejap.Aku selesaikan masalah tu dulu.Baru aku datang sini”jawap Syaniza ketika Ahmad keluar dari stor itu.Ahmad mengangguk perlahan sebelum dia berdiri dihadapan Syaniza yang hanya dipisahkan dengan meja cashier itu.
“penting sangat ke sampai kau tinggal aku seorang diri kat sini.Buat OT tak berbayar”ucap Ahmad sedikit merajuk sambil mengharapkan sesuatu dari Syaniza yang sudah dapat mengagak apa yang ingin diucapkan oleh Ahmad itu.
“nanti aku kira berapa minit aku lambat nanti dapat gaji aku…”
“setengah jam.Kau lambat setengah jam,jadi dapat gaji nanti kau bayar”ucap Ahmad laju sekaligus memotong kata-kata Syaniza yang sedang menulis sesuatu dalam buku laporan harian itu.Terlopong Syaniza yang sedang menulis itu.
“cepatnya kau ni kalau bab duit.Yelah nanti lepas aku dapat gaji aku bayar.RM150 ok tak?”tanya Syaniza yang disambut dengan thump up dari Ahmad sebelum  dia keluar dari kedai 24 jam itu.Kini tinggal Syaniza berseorangan yang mula menyusun dan mengemas barang-barang di rak jualan itu.Jika tiada pelanggan begitulah rutin dirinya didalam kedai itu.

Bab 1

                Hafiz segera mendekati meja makan yang dihuni oleh seorang wanita yang agak feminine itu.Mujur juga wanita cantik itu memilih meja yang jauh dari pelanggan lain dan agak tersembunyi.
“hai,darling.How are you today?”ucap Hafiza sambil duduk berdepan dengan wanita bergaya itu.Wanita itu tidak menjawap sebaliknya dia menayangkan wajah yang masam mencuka.Tanda dia protes kerana dibiarkan menunggu selama dua jam itu.
“dead already”jawap wanita itu geram sambil meneguk sedikit jus lemonnya itu.Hafis hanya tersenyum sebelum dia mengeluarkan satu kotak kecil dari kocek jeansnya itu.Kotak itu kemudian diserahkan kepada wanita yang merajuk dihadapannya itu.
“apa ni?”soal wanita itu sambil mengambil kotak yang diletakkan ditengah meja makan itu.Hafiz hanya tersenyum sambil bersandar santai.Wanita itu membuka perlahan-lahan kotak itu sebelum dia tersenyum lebar melihat barang perhiasan yang terdapat didalam itu.Sebentuk cincin dan sepasang anting-anting yang agak mewah diberi pada wanita itu.
“thank you.You are so sweet darling.Sorry tadi I merajuk dengan you.You tu selalu je buat I tertunggu-tunggu”ucap wanita itu sambil menyarungkan cincin mewah itu ke jarinya yang putih itu.
“I saje je buat macam tu.I nak uji u,sama ada u sayang I ke tak? Dan you telah buktikan you sayang i.You sanggup tunggu i sampai I datang”ucap Hafiz sambil memesan satu jus buah untuknya itu.Wanita itu tersenyum sebelum mendekati Hafiz lalu mengucup pipi Hafiz tanpa segan-silu.
“I sanggup tunggu you walaupun seribu tahun.Erm…jom ke rumah i.Kita borak-borak”ajak wanita itu sambil menarik manja lengan Hafiz yang tersenyum senang itu.Sekeping not serratus dikeluarkan lalu diletakkan diatas meja itu.Hafiz bangkit lalu dia mengikuti langkah lemah wanita seksi dihadapannya itu.Senangnya hidup jika mempunyai duit dan glamour.Ucap Hafiz dalam hatinya.

                Syaniza diam didalam bilik kuliah yang tidak berpenghuni itu.Dia selesa disana.Ahmad yang terkenal dengan berkaca mata dan setiasa berpakaian warna ceria itu segera mendekatinya.
“wey…kau sibuk tak malam ni?”soal Ahmad sambil membelek assignment yang baru disiapkan oleh Syaniza semalam.Awal lagi untuk mereka hantar assignment biologi tetapi Syaniza terpaksa siapkan awal kerana kekangan masa.
“jap…aku tengok jadual aku dulu”ucap Syaniza sambil mengeluarkan buku buruknya itu.Buku itu diselak perlahan-lahan memandangkan kulit buku itu hampir bercerai dengan isinya.
“busy jugak r.Malam ni ada abang senior nak aku jadi model fesyen yang direka mereka.Tapi tu Cuma dua jam.Lepas tu aku kena pergi basuh pinggan kat kedai makan Marsha pulak.tu kejap je dan selebihnya aku free”ucap Syaniza sebelum menyambung kiraan kalkulusnya kembali itu.Ahmad mengangguk sebelum dia mencuit bahu Syaniza yang kelihatan serius itu.
“berapa kau dapat hari ni?”soal Ahmad yang curiga dengan pendapatan Syaniza hari ini.
“kalau aku total up semua dalam lima ratus gitu.Marsha tak bayar aku banyak.Dia bagi aku lima puluh je.Padahal aku kena cuci pinggan mangkuk, periuk belanga,mop lantai dan cuci tingkap kedai dia orang.Memang diorang perdajjal aku betullah.”ucap Syaniza yang tidak puas hati dengan bayarannya itu.Ahmad mengangguk sebelum dia mengeluarkan sekeping kad nama lalu dihulurkan pada Syaniza yang sedang berusaha menyiapkan assignmentnya itu.
“apa ni?”
“sumber duit.Banyak masyuk beb.Ni kerja malam ni tapi sampai pukul lima pagi r”ucap Ahmad membuatkan Siti segera berkemas.Laju tangannya memasukkan segala barangnya yang bersepah di meja itu kedalam beg lusuhnya.
“kau nak kemana?”soal Ahmad pada Syaniza yang tergesa-gesa keluar dari bilik kuliah itu.Syaniza segera mendekati motor EX5nya itu sambil menghulurkan sebiji topi keledar pada rakannya itu.
“kau merempit dengan aku ke kedai Marsha tu.Aku terima job ni.so aku kena cancelkan job aku kat sana”ucap Syaniza sambil menghidupkan motornya yang baru ditukar enjinnya itu.Ahmad mencapai topi kaledar itu sambil membonceng dibelakang Syaniza.
“nyah,kau pegang aku kemas-kemas.Aku nak merempit ni.Nak buat break emergency”ucap Syaniza sambil memecut laju.Jeritan Ahmad yang menyumpah seranah rakannya itu mula kedengaran.Sumpah seranah itu hanya disambut dengan gelak hilaian Syaniza yang laju menuju ke Kedai Makan Marsha.

                “mana boleh ini macam.You sudah janji sama i, you nak clean all this stuff selepas kedai tutup.You tak boleh lari itu macam”kata Marsha tidak puas hati.Lelaki India itu menayangkan muka tidak puas hati pada Syaniza yang selamba itu.
“boleh je.memang boleh sangatlah Marsha.You kerah tulang empat kerat I ni bersih kedai ini dari luar sampai dalam tapi you bayar i cipuk je.RM50.”ucap Syaniza sambil mengeluarkan not lima puluh dari beg galasnya itu.Ahmad sekadar mendengar Syaniza dan Marsha lelaki india itu bertengkar dalam intonasi biasa.
“itu I perlu buat itu macam.I kena cover rugi kedai i.Hari-hari pekerja curi duit mesin.jadi I kena buat macam tu nak cover deyy”
“Marsha you patut buat kat mereka bukan kat I,I ni cleaner kat sini je.”ucap Syaniza tidak puas hati membuatkan Marsha diam sebelum dia mengeluarkan not lima puluh empat keping lalu dihulurkan pada Syaniza yang memandang pelik duit itu.
“ni,you ambik dan malam ini you datang kerja.”pujuk Marsha namun Syaniza tidak mengambil sebaliknya dia berdiri membuatkan Marsha terkejut.
“Marsha kalau I ambik nanti untuk empat minggu you tak bayar I”ucap Syaniza sebelum dia menarik Ahmad keluar dari kedai itu.Ahmad diam sahaja membuntui Syaniza yang kelihatan marah itu.
“Apalah anak melayu zaman sekarang.Susah sikit dah marah-marah.Orang mau bagi kerja dia tak nak”marah Marsha sambil mengambil duit itu lalu dimasukkan kedalam poket baju kemejanya yang lusuh itu.

                Hafiz perlahan-lahan membuka matanya.Benda yang pertama menyapa matanya adalah wanita yang bernama Anna tengah tidur nyenyak disebelahnya tidak berpakaian.Perlahan-lahan tangannya membelai rambut perang Anna yang panjang itu.Anna yang tidurnya terganggu mula membuka kelopak matanya perlahan-lahan sebelum dia tersenyum melihat wajah lelaki kesayangannya.
“morning”ucap Anna sebelum menghadiahkan sebuah kucupan pada Hafiz yang sedang membelai rambutnya itu.Masing-masing tidak menunjukkan tanda-tanda ingin bangun dari tidurnya.
“you tak shooting hari ni?”soal Anna sambil mencapai jubah mandi lalu disarungkan ke tubuh langsingnya.Hafiz menggeleng sebelum dia mencapai tuala yang tersangkut dikaki katil itu lalu membaluti tubuh paras bawah itu.Dia segera mendekati Anna yang berada didapur itu.
“you masak ke?’soal Hafiz pada Anna yang sedang meneguk segelas panjang susu itu.Anna menggeleng sebelum dia merapati meja makan kaca itu.
“I masak? So lame.Kerja memasak ni hanya untuk orang tua dan orang yang tak berpendidikan tinggi je.Lagipun buat apa I nak masak,nanti rosak kuku I ni tau”ujar Anna sambil mengunjukkan segelas susu pada Hafiz namun dia menolak sebaliknya dia mencapai epal hijau yang terdapat didalam bakul itu lalu mengigitnya.
“I prefer green apple kalau takde breakfast”ucap Hafiz sambil mengambil segelas besar air mineral.Anna mencemik sebelum dia mengajak Hafiz masuk ke dalam bilik air.Hafiz tersenyum sumbing sebelum dia mengikuti langkah Anna masuk ke dalam bilik mandi.

                “so kau dah siap?semua barang kau dah ambik?”soal Ahmad sambil menghidupkan enjin kereta buruknya itu.Syaniza mengangguk sambil membelek handphone canggihnya itu sebelum lagu-lagu kegemaran mereka kedengaran.Nak pasang radio kereta memang taklah sebab radio itu sendiri sudah rosak tidak dibaiki.
“aku kerja apa kat sana?”soal Syaniza sambil mengunyah keropok keping sambil itu dia menyuapkan juga keropok itu pada Ahmad yang sedang memandu.
“kau pelayan.Aku pun pelayan.Kita kat sana nanti kena pakai uniform”bagitahu Ahmad sambil meminta air dari Syaniza yang tergesa-gesa mencapai botol mineral dari belakang sebelum dia membuka penutup botol itu.
“nah”
“aku tengah drive ni,tuang dalam gelas polisterine kat belakang tu pastu suap aku”arah Ahmad pada Syaniza yang tidak membantah walaupun sedikit itu.Dia juga turut mengunyah.Sudah hampir tiga jam mereka didalam kereta buruk Ahmad namun satu majlis pun tidak kelihatan.
“kau ni betul ke kita lalu jalan ni?entah-entah kita sesat”ucap Syaniza sambil mengecas handphonenya itu denganpowerbank yang dibawa bersamanya itu.Handphone sudah ‘mati’ dan perlu dicas untuk ‘hidup’ balik.
“betul.Aku dah check.Aku dah datang sini.Kejap lagi sampai”ucap Ahmad sambil memasuki lorong kiri sebelum mereka terlihat satu bangle yang tersergam indah itu.Banglo itu kelihatan berpenghuni malah ramai lagi.Siap dengan lampu spotlight stadium lagi.Memang meriah.
“kita dah sampai.Jom”ucap Ahmad sambil keluar dari kereta dan perlakuan itu diikuti oleh Syaniza yang kelihatan kagum dengan keindahan banglo itu.Tak sangka dalam hutan macam ini pun ada bangle yang cantik.Dia langsung tak sangka.
“Syaniza yang kau melopong macam tunggu duit masuk mulut tu kenapa?jom ikut aku kita jumpa orang yang organize majlis ni.Jom.Cepat buat kerja ni cepat duit masuk poket”ucap Ahmad sambil menarik rakannya yang melopong itu ke pintu belakang banglo itu.Dari luar lagi kedengaran suara garau seorang lelaki yang tengah memberi taklimat tentang kerja yang perlu mereka semua termasuk Ahmad dan Syaniza harus lakukan.Mereka berdua segera masuk dan berdiri dibelakang yang lain.
“…kat sini ada costum.so saya nak kamu semua pakai custom tu semasa melayan tetamu disini.Pastikan mereka selesa dengan layanan kamu.Kalau mereka selesa kamu akan diberi bayaran lebih sikit.Tapi sebelum tu,saya nak bagitahu,costum untuk kaum perempuan tak cukup jadi sapa nak volunteer pakai costum lelaki?” seraya itu Syaniza segera mengangkat tangannya.DIa tidak betah memakai miniskirt macam perempuan lain.Ahmad tersenym sambil menyiku rakannya itu.Nampak sangat taknak tunjuk betis.
“kenapa Nyah?tak nak tunjuk betis macam yang lain ke?”sindir Ahmad pada Syaniza yang sedang melipat kaki seluarnya sehingga paras lutut itu sebelum mengangkat setinggi yang boleh dihadapan Ahmad yang terlopong dengan aksi ‘panas’ Syaniza itu.semua mata kini tertumpu pada aksi selamba Syaniza.
“tengok!aku tunjuk sikit je,semua dah pandang aku.Kalau aku tunjuk sekali dengan peha aku ni nanti ada yang tergolek kang.Aku tak nak bertanggungjawap”ucap Syaniza pada Ahmad sambil menyentuh dagu rakannya yang tidak berjanggut itu.Tergelak Ahmad setelah sedar kenapa rakannya berkelakuan sewel tadi.
“terima kasih kerana bimbangkan tetamu kat sini.Aku tahu kawan aku ni seorang yang ‘penyayang’”
“perli Nampak,Nyah?”ucap Syaniza yang bersebelahan bilik persalinan dengan Ahmad itu.Gelak hilai Ahmad kedengaran disebelah membuatkan Syaniza sakit hati.Tanpa dia berfikir panjang dia erus menendang dinding yang memisahkan mereka berdua itu sebelum Syaniza mengaduh kesakitan.
“kenapa Nyah?sakit hati dah bertukar sakit kaki ke?”soal Ahmad ketika mereka sudah keluar dari bilik persalinan itu.
“jaga kau Ahmad.Nanti aku gigit telinga kau sampai putus”ucap Syaniza sebelum dia mengeluarkan sepasang kasut bertumit tinggi dari beg galasnya.Kasut itu segera disarungkan di kakinya.
“kenapa kau bawak kaasut sendiri?bukan dia dah sediakan high heel untuk girls kat sini?”tegur Ahmad ketika melihat Syaniza yang mengenakan kasut bertumit tinggi hitam itu.
“saiz aku biasanya takde”jawap Syaniza ketika mereka mencapai dulang lalu memasuki ruang legar bangle mewah itu.Ketika itu,kelihatan ramai pelakon tanah air yang popular sedang bercakap sesama sendiri.Syaniza mula teruja lantas dia mencari ‘pujaan hatinya’ sambil menawarkan minuman pada artis yang terdapat disana.Namun dia hampa apabila pelakon pujaannya tidak kelihatan di majlis itu.
“ala…A.Samad Said tak datang ke?baru nak bergambar dan interview dia”ucap Syaniza sedih sambil mengambil dulang baru yang terisi penuh dengan minuman jus buah-buahan.Takpelah mungkin bukan rezeki lagi nanti datanglah rezeki bersua muka dengan karyawan tanah air itu.Lagipun kau datang sini kau cari duit poket .Hati Syaniza memujuk perlahan.