Ahmad dan Syaniza sibuk melayan tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada artis dan orang terkemuka tanah air.Sekejap sahaja dia berjalan menatang dulang yang penuh,terus lesap semua minuman yang dibawanya.Memang meriah sekali majlis itu.
"Cik,boleh bawak kerusi tak untuk saya?Lutut saya sakit sangat.Tak boleh berdiri lama"ucap seorang artis veteran yang dikenalinya.
"kerusi?kejap yerk mak cik,eh silap...Puan.Kejap yer Puan"ucap Syaniza sebelum hilang dilautan manusia yang asyik bersembang sesama sendiri itu.Seketika kemudian dia datang semula dengan lima buah kerusi plastik berwarna biru yang dikendong dibelakangnya itu.Terlopong artis veteran itu.Betul ke tak otak gadis ni.Getusnya dalam hati.
"banyaknya kerusi.Saya minta satu je"
"memanglah mak...eh...Puan.memanglah Puan tapi saya tengok ramai lagi yang nak duduk juga.Tu saya bawak lebih tu"jelas Syaniza sambil tersengih itu.Artis itu mengangguk faham.Betul juga.Syaniza mula mengatur kerusi itu dalam bulatan sebelum menjemput beberapa pelakon veteran duduk.Masing-masing kelihatan lega sekali pabila punggung menyentuh kerusi.
"Terima kasih"ucap pelakon itu sambil tersenyum manis//
"nak ambik gambar boleh?gambar selfie"ucap Syaniza sambil tersenyum meleret.Kau tengok Aida aku bergambar dengan pelakon tanah air.Kau ada?...Berdiri kiri snap..!berdiri kanan snap..!.Pelbagai gaya mereka pose kan.
"puan-puan semua pura-pura bercakap.Kira saya ni ambik gambar curi"arah Syaniza membuatkan pelakon veteran itu tergelak.
"Amboi..macam pengarah pula..."
"biasalah puan dulu nak jadi pengarah filem,tapi sekrang lain pula jadi pelayan ehehehe"ucap Syaniza sambil snap gamabr terakhir mereka.
No comments:
Post a Comment