"Eh...Aina tu bukan anak lelaki kau ke?"ucap Datin Mila yang agak terkenal juga di tanah air.Puan Aina terus memandang kearah yang ditunjukkan oleh rakannya.Permintaan untuk pura-pura bercakap kini tidak diendahkan olehnya.Pandangannya kini terarah kepada anak lelakinya yang sedang seronok berpelukan dengan pelakon muda yang berpakaian agak menjolok mata.
"tak mungkinlah...anak aku mana datang ke majlis macam ni?"ucap Puan Aina sambil tersenyum pada gadis yang syok mengambil gambar mereka itu.Perangai gadis itu tidak ubah seperti wartawan yang mendapat bahan untuk digosipkan.
"Yeke?tapi aku tengok macam anak kau je.Gaya dia pun dah macam anak kau"
"tak...percayalah..tu bukan Hafiz.Bukan"ucap Puan Aina keras sambil menyumpah dalam hati.memang nak kena Hafiz nanti.Ucapnya dalam dalam hati.
"macamana kau tahu?"Datin Mila masih berkeras lagi.Dia kenal anak rakanya itu.Playboy Malaysia.Siapa tak kenal.Sebut sahaja Hafiz,terbayang jejaka tinggi lampai dengan kulit sawo matang dan berlesung pipi sebelah dengan senyuman yang menggoda.Idaman semua gadis.Barangkali!.
"kalau aku kata bukan,maknanya bukanlah"ucap Puan Aina tegas sambil memandang tajam rakannya itu.Datin Mila hanya tersengih.tahulah dia itu sememangnya Hafiz.
"terima kasih,Puan.Nanti kalau jumpa lagi saya belanja Puan semua makan.hehehehe..."ucap Syaniza sambil meninggalkan kumpulan artis veteran yang duduk sambil berbual itu.Puan Aina dan Datin Mila hanya mengangguk tersenyum.Senang dengan sikap selamba gadis berambut pendek paras bahu itu.
"Tengok...Ahmad aku dapat gambar artis lama yang terkenal."Syaniza mula menunjuk sebelum Ahmad mengeluarkan handphone canggihnya lalu diberikan pada Syaniza yang semakin meninggi hidungnya itu.
"apa?"soal Syaniza pelik.
"Kau tengok kat photo.Jangan jerit sudah"Syaniza mula kepelikan sambil itu tangannya sibuk menyelongkar segala fail-fail didalam handphone itu.Bulat matanya ketika melihat gambar-gambar Ahmad yang 'hot' itu.
"Mana kau dapat?Zul Arifin A.K.A abang sado,Remi Ishak A.K.A lelaki hensem dihatiku,Fizz Fairuz A.K.A lelaki suara seksi...Aaaaa!!!....Nasir Bilal Khan lelaki romantis.Mana kau dapat semua ni?"
"aku dah cakap jangan jerit"ucap Ahmad yang panik apabila semua tetamu memandang mereka berdua.Segera dia menarik Syaniza ke sudut yang terlindung dari pandangan tetamu disitu.
"mana kau dapat?"
"aku bergambar dengan mereka tadi"ucap Ahmad sambil mengambil handphone dari tangan Syaniza yang kelihatan teruja itu.
"jeleznya aku"
"well rezeki masing-masing"jawap Ahmad sambil menyuruh rakannya sambung kerja kembali.Dia tersenyum kemenangan apabila Syaniza tidak puas hati dengan dirinya.Satu kepuasan.Jarang hendak melihat gadis kenit itu dalam keadaan begini.
No comments:
Post a Comment